Pages

Thursday, August 30, 2012

Syukur Alhamdulillah

Alhamdulillah dengan kurniaan-Nya. Setelah sekian lama menyepi, kini aku telah muncul kembali dengan misi baru, versi baru dan aku yg baru. Perwatakan aku memang sama seperti sebelumnya, cuma kali ini, aku telah byk mempelajari ertinya hidup yg lebih sempurna. Di sini, aku ingin berkongsi tentang perjalanan hidupku. Aku dahulunya bercita2 untuk menjadi Safety & Health Officer, mmg cita2 yg telah lama ku impikan. Bermulanya dari operator kilang dgn gaji yg cuma cukup2 mkn, RM13/sehari, seterusnya memegang jwtn sebgai kerani. Aku pun terfikir, sampai bila agaknya aku akan bertahan jika aku cuma kerja sebgai kerani sahaja. Seterusnya, aku sambg belajar, dan mengambil kursus di dalam kejuruteraan elektrik. Semasa dlm proses pembelajaran, aku nampak bahawa minat aku lebih terhadap 'safety'. Setelah menerima keputusan peperiksaan, aku telah terpilih bagi mengikuti kursus Site Safety Supervisor yg telah dianjurkan oleh Kolej KLIA. Di sana, aku banyak mempelajari tentang keselamatan di semua industri. 2 bulan telah berlalu dan dlm masa aku belajar di sana, aku telah kehilangan org yg sgt2 aku sayangi, yg telah byk mendorong aku utk mencapai cita2ku, iaitu bapaku sendiri,Captain Hj Nawi. :( Selepas 2 bulan tersebut, aku berfikir lagi, "kalau aku Penyelia, kan alang2, baik aku jadi Pegawai terus".. Jadi, dari sana aku menyimpan cita2ku lagi, dan mengumpul duit hasil dr gaji ku sebgai pekerja kontrak di petronas carigali. Slps itu, aku sambg belajar di NIOSH ddlm bidang Safety & Health Officer, dan lulus dalam semua peperiksaan & sekarang aku telah bergelar Safety & Health Officer di syarikat minyak & gas. Alhamdulillah, rezeki aku murah. Ramai yang menawarkan aku kerja tanpa perlu aku yang mohon.